SELAMAT BERCUTI SEMESTER 1 SESI 2014/2015

Thursday 15 January 2015
Posted by Unknown
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dikesempatan ini,saya mewakili Barisan Kepimpinan Mahasiswa FPL sesi 2014/2015 (MPP/PMFPL/JAKMAS LESTARI) ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman kepada semua mahasiswa FPL.Semoga selamat tiba ke destinasi yang ditujui dan jadikan cuti ini sebagai masa berkualiti bersama keluarga serta melakukan perkara-perkara yang bermanfaat.Selamat maju jaya juga diucapkan kepada semua pelajar Tahun 4 yang bakal menjalani LI pada semester hdapan.Semoga bertemu lagi kita di semester hadapan!
''Mahasiswa Bervisi,Peneraju Legasi Transformasi''
Mahazan Bin Mansor
Naib Presiden FPL,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015
Universiti Malaysia Sabah


UCAPAN ALUAN NAIB PRESIDEN FPL MPP SESI 2014/2015

Tuesday 25 November 2014
Posted by Unknown
Bismillilahhirrahmannirahim..

Pertama sekali,syukur kehadrat illahi dengan rahmat dan izinnya,proses pilihanraya kampus bagi Kampus Sandakan telah berjalan dengan lancar dan tahniah kepada semua mahasiswa FPL kerana sekali lagi kita berjaya mengekalkan keharmonian dan keamanan kampus tercinta daripada sebarang anasir-anasir luar yang mampu mengugat kekeluargaan di kampus ini.Sesungguhnya ikatan '1 FPL,1 Famili' masih tersemat di jiwa dan sanubari mahasiswa FPL.

Umum mengetahui,Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP merupakan satu badan atau saluran yang bertanggungjawab membawa suara mahasiswa ke peringkat universiti.Ikrar dan janji kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMS bagi Sesi 2014/15 adalah sentiasa menjadi mata dan telinga buat mahasiswa untuk mengutarakan sebarang cadangan serta pemasalahan yang dialami terutamanya berkaitan kebajikan serta akademik mahasiswa.

Mahasiswa sekalian,

Harapan saya adalah untuk kita bersama-sama membangunkan kampus kita yang tercinta ini serta berusaha memarbatkan Fakulti Pertanian Lestari menjadi sebuah fakulti pertanian yang terulung dinegara ini setanding fakulti pertanian di universiti-universiti lain.Saya juga berharap agar keharmonian dan keamanan di kampus ini dapat diteruskan agar segala agenda pembangunan kampus,kebajikan mahasiswa serta akademik dapat berjalan dengan lancar.

Akhir sekali,jadilah mahasiswa yang bijak berserta berhemah dalam melakukan sebarang tindakan kerana sebarang tindakan mahasiswa adalah cerminan kepada institusi berikut.Selamat berjuang!

''Kita adalah pencoraknya''
Mahazan Bin Mansor
Naib Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15

Takwim Akademik Sesi 2014/2015

Tuesday 11 November 2014
Posted by Unknown


Ucapan Mantan Naib Presiden FPL Sesi 2013/2014

Wednesday 29 October 2014
Posted by Unknown
    Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, puji dan syukur ke hadrat Allah, tuhan yang esa yang mengusai semesta Alam.
    Hari ini merupakan hari terakhir di dalam penggal kepimpinan majlis perwakilan pelajar sesi 2013/2014. Di sepanjang penggal kepimpinan saya berterima kasih kepada rakan-rakan kepimpinan yang lain samada MPP, PMFPL dan JAKMAS kerana banyak membantu di dalam menjaga kebajikan pelajar. Amanah yang di galas ini nampak mudah tetapi memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
    Buat seluruh mahasiswa khususnya di Fakulti Pertanian Lestari, kami mengharapkan kemaafan di sepanjang penggal kepimpinan kami. Kami juga pelajar biasa seperti kamu yang mempunyai kelas dan tugasan, tetapi kami dilebihkan sedikit dengan kepimpinan, oleh itu sudah pasti ada kesalahan dan kekurangan di sepanjang kepimpinan ini.
    Barisan pentadbiran fakulti yang kami hormati, kami sangat-sangat berterima kasih kerana memahami karenah dan tanggungjawab kami, kami memohon maaf atas bahasa kami yang mungkin kurang enak di dengar oleh pentadbiran, yakin dan percayalah perkara yang kami perjuangkan adalah untuk kebaikan bersama.
    Buat para pensyarah yang kami sayangi, maaf atas kelalaian kami di dalam bilik kuliah, mohon di restui ilmu yang di pelajari. Doakan kami berjaya dalam setiap bidang yang kami lakukan


Yang benar.
Anwar bin Tawe
Mantan Naib Presiden FPL
MPP sesi 2013/2014

SEKITAR PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA

Monday 6 October 2014
Posted by SchaE
Tarikh: 5 Oktober 2014 (ahad)
Tempat: Fakulti Pertanian Lestari

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis dan membantu menjayakan sambutan ini dengan meriah dan jayanya...








Kami di Barisan Kepimpinan Mahasiswa FPL(MPP/PMFPL/JAKMAS LESTARI) Sesi 2013/2014 mewakili mahasiswa FPL ingin mengucapkan selamat datang & selamat berkhidmat kepada Prof.Dr Wan Mohamad Wan Othman sebagai Dekan Fakulti Pertanian Lestari.Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi satu lagi anjakan paradigma bagi FPL dalam mencapai misi & visi fakulti serta menjadi sebuah institusi pertanian terulung negara.Tahniah & Selamat Berkhidmat.


Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -