Archive for October 2014

Ucapan Mantan Naib Presiden FPL Sesi 2013/2014

Wednesday 29 October 2014
Posted by Unknown
    Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, puji dan syukur ke hadrat Allah, tuhan yang esa yang mengusai semesta Alam.
    Hari ini merupakan hari terakhir di dalam penggal kepimpinan majlis perwakilan pelajar sesi 2013/2014. Di sepanjang penggal kepimpinan saya berterima kasih kepada rakan-rakan kepimpinan yang lain samada MPP, PMFPL dan JAKMAS kerana banyak membantu di dalam menjaga kebajikan pelajar. Amanah yang di galas ini nampak mudah tetapi memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
    Buat seluruh mahasiswa khususnya di Fakulti Pertanian Lestari, kami mengharapkan kemaafan di sepanjang penggal kepimpinan kami. Kami juga pelajar biasa seperti kamu yang mempunyai kelas dan tugasan, tetapi kami dilebihkan sedikit dengan kepimpinan, oleh itu sudah pasti ada kesalahan dan kekurangan di sepanjang kepimpinan ini.
    Barisan pentadbiran fakulti yang kami hormati, kami sangat-sangat berterima kasih kerana memahami karenah dan tanggungjawab kami, kami memohon maaf atas bahasa kami yang mungkin kurang enak di dengar oleh pentadbiran, yakin dan percayalah perkara yang kami perjuangkan adalah untuk kebaikan bersama.
    Buat para pensyarah yang kami sayangi, maaf atas kelalaian kami di dalam bilik kuliah, mohon di restui ilmu yang di pelajari. Doakan kami berjaya dalam setiap bidang yang kami lakukan


Yang benar.
Anwar bin Tawe
Mantan Naib Presiden FPL
MPP sesi 2013/2014

SEKITAR PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA

Monday 6 October 2014
Posted by SchaE
Tarikh: 5 Oktober 2014 (ahad)
Tempat: Fakulti Pertanian Lestari

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis dan membantu menjayakan sambutan ini dengan meriah dan jayanya...








Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -