Archive for 2014

UCAPAN ALUAN NAIB PRESIDEN FPL MPP SESI 2014/2015

Tuesday 25 November 2014
Posted by Unknown
Bismillilahhirrahmannirahim..

Pertama sekali,syukur kehadrat illahi dengan rahmat dan izinnya,proses pilihanraya kampus bagi Kampus Sandakan telah berjalan dengan lancar dan tahniah kepada semua mahasiswa FPL kerana sekali lagi kita berjaya mengekalkan keharmonian dan keamanan kampus tercinta daripada sebarang anasir-anasir luar yang mampu mengugat kekeluargaan di kampus ini.Sesungguhnya ikatan '1 FPL,1 Famili' masih tersemat di jiwa dan sanubari mahasiswa FPL.

Umum mengetahui,Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP merupakan satu badan atau saluran yang bertanggungjawab membawa suara mahasiswa ke peringkat universiti.Ikrar dan janji kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMS bagi Sesi 2014/15 adalah sentiasa menjadi mata dan telinga buat mahasiswa untuk mengutarakan sebarang cadangan serta pemasalahan yang dialami terutamanya berkaitan kebajikan serta akademik mahasiswa.

Mahasiswa sekalian,

Harapan saya adalah untuk kita bersama-sama membangunkan kampus kita yang tercinta ini serta berusaha memarbatkan Fakulti Pertanian Lestari menjadi sebuah fakulti pertanian yang terulung dinegara ini setanding fakulti pertanian di universiti-universiti lain.Saya juga berharap agar keharmonian dan keamanan di kampus ini dapat diteruskan agar segala agenda pembangunan kampus,kebajikan mahasiswa serta akademik dapat berjalan dengan lancar.

Akhir sekali,jadilah mahasiswa yang bijak berserta berhemah dalam melakukan sebarang tindakan kerana sebarang tindakan mahasiswa adalah cerminan kepada institusi berikut.Selamat berjuang!

''Kita adalah pencoraknya''
Mahazan Bin Mansor
Naib Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15

Takwim Akademik Sesi 2014/2015

Tuesday 11 November 2014
Posted by Unknown


Ucapan Mantan Naib Presiden FPL Sesi 2013/2014

Wednesday 29 October 2014
Posted by Unknown
    Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, puji dan syukur ke hadrat Allah, tuhan yang esa yang mengusai semesta Alam.
    Hari ini merupakan hari terakhir di dalam penggal kepimpinan majlis perwakilan pelajar sesi 2013/2014. Di sepanjang penggal kepimpinan saya berterima kasih kepada rakan-rakan kepimpinan yang lain samada MPP, PMFPL dan JAKMAS kerana banyak membantu di dalam menjaga kebajikan pelajar. Amanah yang di galas ini nampak mudah tetapi memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
    Buat seluruh mahasiswa khususnya di Fakulti Pertanian Lestari, kami mengharapkan kemaafan di sepanjang penggal kepimpinan kami. Kami juga pelajar biasa seperti kamu yang mempunyai kelas dan tugasan, tetapi kami dilebihkan sedikit dengan kepimpinan, oleh itu sudah pasti ada kesalahan dan kekurangan di sepanjang kepimpinan ini.
    Barisan pentadbiran fakulti yang kami hormati, kami sangat-sangat berterima kasih kerana memahami karenah dan tanggungjawab kami, kami memohon maaf atas bahasa kami yang mungkin kurang enak di dengar oleh pentadbiran, yakin dan percayalah perkara yang kami perjuangkan adalah untuk kebaikan bersama.
    Buat para pensyarah yang kami sayangi, maaf atas kelalaian kami di dalam bilik kuliah, mohon di restui ilmu yang di pelajari. Doakan kami berjaya dalam setiap bidang yang kami lakukan


Yang benar.
Anwar bin Tawe
Mantan Naib Presiden FPL
MPP sesi 2013/2014

SEKITAR PROGRAM HARI RAYA AIDILADHA

Monday 6 October 2014
Posted by SchaE
Tarikh: 5 Oktober 2014 (ahad)
Tempat: Fakulti Pertanian Lestari

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis dan membantu menjayakan sambutan ini dengan meriah dan jayanya...








Kami di Barisan Kepimpinan Mahasiswa FPL(MPP/PMFPL/JAKMAS LESTARI) Sesi 2013/2014 mewakili mahasiswa FPL ingin mengucapkan selamat datang & selamat berkhidmat kepada Prof.Dr Wan Mohamad Wan Othman sebagai Dekan Fakulti Pertanian Lestari.Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi satu lagi anjakan paradigma bagi FPL dalam mencapai misi & visi fakulti serta menjadi sebuah institusi pertanian terulung negara.Tahniah & Selamat Berkhidmat.


Friday 20 June 2014
Posted by SchaE

Persembahan Teater "JAZZY PAPER DOLLS"

Saturday 3 May 2014
Posted by SchaE
Syn Teatra Production dengan kerjasama Sekolah Pengajian Seni ,UMS dan Hal Ehwal Pelajar ,UMS telah mengadakan satu teater jelajah UMS iaitu "JAZZY PAPER DOLLS". Teater tersebut merupakan hasil karya Ar Zafrizani Che Pa dan dipersembahkan oleh mahasiswa Sekolah Pengajian Seni bertujuan untuk merungkai isu sejagat melalui intrepetasi akademik yang bersifat intelektual.

Sinopsis untuk teater ini adalah mengisahkan tentang kehidupan mak nyah yang hidup dalam kelompok komuniti mereka iaitu di dalam Jazzy Lounge. Pelbagai rona hidup yang berlaku dengan kincaran drama-drama mereka. Wang? Hubungan Terlarang? Kekeluargaan? Persahabatan? Pelacuran dan pembunuhan? semuanya dalam satu cerita iaitu, "Jazzy Paper Dolls".

Tarikh : 3 Mei 2014
Masa : 7.00-10.30 PM
Tempat : Dewan Serbaguna SPL (kini Fakulti)







Penutupan Program Karnival Akademik Lestari

Tuesday 22 April 2014
Posted by SchaE
    Pada 20/4/2014 (AHAD) majlis penutupan program KAL 2014 telah diadakan didewan serbaguna SPL, majlis yang disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Azwan Awang, Timbalan Dekan SPL. Beliau dalam ucapannya, telah memberi penghargaan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya merealisasikan program berbentuk ilmiah di SPL dan berharap agar lepas ini badan kepimpinan SPL akan mengadakan lagi program sedemikian dimasa akan datang. Majlis penutupan program KAL 2014 merangkumi tayangan montaj sempena program berlangsung, tayangan video krisis makanan dunia, penyampaian hadiah bagi para pemenang (Pertandingan Kuiz, Pertandingan Terrarium, Rekacipta Model Ladang Paling Kreatif) serta anugerah Tokoh Akademik Lestari.

Tempat ketiga (kuiz): Alif Tarmizi

Tempat kedua (kuiz): Syazwan Halim

Pemenang (kuiz): Muhammad Atif

Tempat kedua (terrarium): Kump. Lantern Bug

Pemenang (terrarium): Kump. Anonymous

Tempat kedua (Rekacipta model): 

Pemenang (Rekacipta model): Kump. Green Generation

kal 2014, sekolah pertanian lestari, spl, sandakan
Tokoh Akademik Lestari: Zaki Abd. Rahman

Tokoh Akademik Lestari: Asverrana Asidi


Karnival Akedemik Lestari (KAL) 2014

Monday 21 April 2014
Posted by SchaE
    Pada minggu lepas, pihak MPP UMS-SPL telah mengadakan satu program berunsur ilmiah iaitu Karnival Akademik Lestari (KAL). Program yang berlangsung selama seminggu itu diisi dengan beberapa aktiviti seperti KUIZ AKADEMIK LESTARI, AMALI PENYEMBELIHAN HAIWAN, TAYANGAN PERDANA LESTARI, PERTANDINGAN TERRARIUM dan REKACIPTA MODEL LADANG PALING KREATIF. 


kal 2014, spl ums, sekolah pertanian lestari

Berikut adalah montaj sepanjang program berlangsung



#PRAY FOR MH370

Tuesday 11 March 2014
Posted by Unknown

Ceramah 'Bahaya SYIAH'

Monday 3 March 2014
Posted by Unknown
    Pada Sabtu lepas (bersamaan 1 Mac 2014), pihak SPL dengan kerjasama MPP, PEMBINA dan JAKMAS telah mengadakan sebuah ceramah berunsur keagamaan yang bertajuk 'Bahaya SYIAH'. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohamad bin Ismail iaitu Ketua Unit Kajian Isu Syiah.
    Antara isi kandungan ceramah beliau ialah sejarah permulaan Syiah, doktrin-doktrin Syiah dan perkembangan Syiah di Malaysia. Turut menghadiri ceramah ini ialah para pelajar daripada MRSM Sandakan, Politeknik Sandakan dan ILP Sandakan. Selain itu, pihak PEMBINA turut membuka keahlian kepada para pelajar yang menghadiri ceramah tersebut.
     Ceramah 'Bahaya SYIAH' yang berlangsung 3 jam itu memberi informasi yang berguna kepada para pelajar dan juga orang awam betapa pentingnya untuk kita banteras gerakan Syiah yang semakin menular di Malaysia pada masa kini. Sejuta penghargaan kepada Ustaz Haji Mohamad bin Ismail dan syabas kepada yang berjaya menghadiri ke majlis ilmu itu.



Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan, Ustaz Haji Mohamad bin Ismail

Penyampaian cenderahati kepada wakil MPP Politeknik Sandakan


Penyampaian cenderahati kepada Hj Amsain, Pengerusi Masjid Sentosa

Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Abdul Rahim bin Asnan
Penceramah bersama YDP JAKMAS, saudara Mohd Alif bin Tarmizi dan warga SPL.

Penceramah bersama pelajar daripada MRSM Sandakan


Ahli sekretariat MPP yang membantu menguruskan pembahagian makanan kepada para pelajar

Booth pendaftaran ahli kelab PEMBINA.



    Tidak lama selepas penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksanakan, telah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan edaran Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2014 kepada pelajar untuk dibuat dengan segera. Bagi Kampus Sandakan, penyerahan BB1M tersebut telah diadakan pada 1-2 Mac 2014 di Kafeteria Kolej Kediaman Lestari. Pada hari pertama pemberian baucer tersebut sekitar 220 pelajar telah menerimanya dan ia diteruskan pada keesokan harinya.

Walaupun sedikit tapi barisan tetap panjang

Tiap seorang dapat baucer bernilai RM250
 
Baucer buku yang meringankan beban mahasiswa
    Syukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Baucer buku seperti ini amat diperlukan oleh mahasiswa bagi meringankan perbelanjaan kerana buku rujukan di peringkat universiti adalah sememangnya mahal. Di samping itu, ianya juga menggalakkan budaya membaca kerana baucer ini boleh diguna untuk membeli bahan bacaan. Akhir kata, gunakanlah baucer buku tersebut dengan betul. 



PERSIDANGAN MAHASISWA SPL KALI KE-2

Monday 24 February 2014
Posted by Unknown

Genap seminggu setelah cuti semester yang pertama bagi sesi 2013/2014, sebuah mesyuarat telah diadakan bagi mengemaskini isu-isu semasa di sekitar SPL. Mesyuarat tersebut melibatkan ketiga-tiga badan kepimpinan pelajar SPL iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa Sekolah Pertanian Lestari (PMSPL) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS). Antara isu yang dibincangkan sewaktu mesyuarat tersebut ialah;
i) Masalah kebajikan pelajar SPL
ii) Perbincangan bajet bagi setiap badan kepimpinan
iii) Penyelarasan program dan aktiviti




Mesyuarat tersebut berakhir kira-kira jam 9:05 malam dan bakal di adakan lagi dalam masa terdekat bagi membincangkan permasalahan-permasalahan yang wujud di SPL.

Bersama mendukung kebajikan serta kegemilangan SPL''

Gemilang Mahasiswa!!!!

KARYA @ SPL

Saturday 22 February 2014
Posted by Unknown
Kiriman :Touvan Fatailah
JUMAAT, 21 FEBRUARI – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan menerima baik cadangan yang dikemukakan oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di dalam kampus. Beliau memuji idea yang dilontarkan oleh Presiden MPP UMS, Fandyi Sanizan Jurup yang dilihat mampu meringankan beban para pelajar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini. “Cadangan yang diberikan oleh saudara Fandyi itu sangat baik dan ia harus dipertimbangkan di peringkat kementerian,”katanya. Ketika mengutarakan cadangan itu, Fandyi turut memberitahu bahawa pengujudan KR1M penting untuk menjaga kebajikan para mahasiswa agar tidak tertindas dengan kenaikan harga barang secara mendadak. “Kenaikan harga barang-barang di pasaran saya kira mampu menindas golongan mahasiswa. Oleh itu, saya selaku wakil mahasiswa UMS memohon pihak kementerian agar dapat mempertimbangkan cadangan yang kami kemukakan,” ujar beliau pada majlis yang berlangsung di kediaman rasmi pemimpin nombor dua negara itu. Fandyi hadir bersama rombongan UMS yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Datuk Hj. Kasim Hj. Md Mansur serta Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Mohd. Raffie Hj. Janau. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman. Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama Pemimpin Mahasiswa IPTA bertujuan meraikan MPP baharu universiti awam di seluruh negara serta pengurusan universiti yang telah banyak membantu dalam pembangunan sahsiah pelajar. ZMD Bahagian Media dan Citra Jabatan Canselori
assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak terlambat sekiranya saya mengucapkan selamat datang semula kepada pelajar tahun 1, 2 dan 3 dan selamat menjalani latihan industri kepada pelajar tahun 4. di sini ada beberapa perkara penting yang perlu saya ketengahkan 1. isu pengajaran dan pembelajaran 2. isu kebajikan pelajar 3. isu keselamatan sekiranya anda mengalami masalah dalam perkara-perkara di atas anda bole merujuk kepada kami (MPP, PMSPL ataupun JAKMAS) maklumbalas daripada anda amat membantu kami dalam cuba menyelesaikan masalah anda. Anwar Bin Tawe Naib Presiden MPP SPL 2013/14

BACK TO CAMPUS

Monday 17 February 2014
Posted by Unknown

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2014

Tuesday 28 January 2014
Posted by Unknown
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua warga SPL yang berbangsa Cina. Ikhlas Daripada: Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/14 Universiti Malaysia Sabah.
Selamat Bercuti & Pulang Ke Kampung Halaman Masing-Masing Diucapkan Kepada Pelajar2 SPL.Semoga selamat tiba di destinasi yang ditujui dan bergembira di samping keluarga tersayang. Ikhlas Daripada: Barisan Kepimpinan Mahasiswa SPL (MPP,PMSPL&JAKMAS) Sesi 2013/14
Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -