Posted by : Unknown Sunday 2 March 2014


    Tidak lama selepas penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilaksanakan, telah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan edaran Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2014 kepada pelajar untuk dibuat dengan segera. Bagi Kampus Sandakan, penyerahan BB1M tersebut telah diadakan pada 1-2 Mac 2014 di Kafeteria Kolej Kediaman Lestari. Pada hari pertama pemberian baucer tersebut sekitar 220 pelajar telah menerimanya dan ia diteruskan pada keesokan harinya.

Walaupun sedikit tapi barisan tetap panjang

Tiap seorang dapat baucer bernilai RM250
 
Baucer buku yang meringankan beban mahasiswa
    Syukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Baucer buku seperti ini amat diperlukan oleh mahasiswa bagi meringankan perbelanjaan kerana buku rujukan di peringkat universiti adalah sememangnya mahal. Di samping itu, ianya juga menggalakkan budaya membaca kerana baucer ini boleh diguna untuk membeli bahan bacaan. Akhir kata, gunakanlah baucer buku tersebut dengan betul. 



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -