Posted by : Unknown Monday 3 March 2014

    Pada Sabtu lepas (bersamaan 1 Mac 2014), pihak SPL dengan kerjasama MPP, PEMBINA dan JAKMAS telah mengadakan sebuah ceramah berunsur keagamaan yang bertajuk 'Bahaya SYIAH'. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Mohamad bin Ismail iaitu Ketua Unit Kajian Isu Syiah.
    Antara isi kandungan ceramah beliau ialah sejarah permulaan Syiah, doktrin-doktrin Syiah dan perkembangan Syiah di Malaysia. Turut menghadiri ceramah ini ialah para pelajar daripada MRSM Sandakan, Politeknik Sandakan dan ILP Sandakan. Selain itu, pihak PEMBINA turut membuka keahlian kepada para pelajar yang menghadiri ceramah tersebut.
     Ceramah 'Bahaya SYIAH' yang berlangsung 3 jam itu memberi informasi yang berguna kepada para pelajar dan juga orang awam betapa pentingnya untuk kita banteras gerakan Syiah yang semakin menular di Malaysia pada masa kini. Sejuta penghargaan kepada Ustaz Haji Mohamad bin Ismail dan syabas kepada yang berjaya menghadiri ke majlis ilmu itu.



Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan, Ustaz Haji Mohamad bin Ismail

Penyampaian cenderahati kepada wakil MPP Politeknik Sandakan


Penyampaian cenderahati kepada Hj Amsain, Pengerusi Masjid Sentosa

Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Abdul Rahim bin Asnan
Penceramah bersama YDP JAKMAS, saudara Mohd Alif bin Tarmizi dan warga SPL.

Penceramah bersama pelajar daripada MRSM Sandakan


Ahli sekretariat MPP yang membantu menguruskan pembahagian makanan kepada para pelajar

Booth pendaftaran ahli kelab PEMBINA.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -