Posted by : Unknown Tuesday 25 November 2014

Bismillilahhirrahmannirahim..


Pertama sekali,syukur kehadrat illahi dengan rahmat dan izinnya,proses pilihanraya kampus bagi Kampus Sandakan telah berjalan dengan lancar dan tahniah kepada semua mahasiswa FPL kerana sekali lagi kita berjaya mengekalkan keharmonian dan keamanan kampus tercinta daripada sebarang anasir-anasir luar yang mampu mengugat kekeluargaan di kampus ini.Sesungguhnya ikatan '1 FPL,1 Famili' masih tersemat di jiwa dan sanubari mahasiswa FPL.

Umum mengetahui,Majlis Perwakilan Pelajar atau MPP merupakan satu badan atau saluran yang bertanggungjawab membawa suara mahasiswa ke peringkat universiti.Ikrar dan janji kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMS bagi Sesi 2014/15 adalah sentiasa menjadi mata dan telinga buat mahasiswa untuk mengutarakan sebarang cadangan serta pemasalahan yang dialami terutamanya berkaitan kebajikan serta akademik mahasiswa.

Mahasiswa sekalian,

Harapan saya adalah untuk kita bersama-sama membangunkan kampus kita yang tercinta ini serta berusaha memarbatkan Fakulti Pertanian Lestari menjadi sebuah fakulti pertanian yang terulung dinegara ini setanding fakulti pertanian di universiti-universiti lain.Saya juga berharap agar keharmonian dan keamanan di kampus ini dapat diteruskan agar segala agenda pembangunan kampus,kebajikan mahasiswa serta akademik dapat berjalan dengan lancar.

Akhir sekali,jadilah mahasiswa yang bijak berserta berhemah dalam melakukan sebarang tindakan kerana sebarang tindakan mahasiswa adalah cerminan kepada institusi berikut.Selamat berjuang!

''Kita adalah pencoraknya''
Mahazan Bin Mansor
Naib Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/15

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -