Archive for 2013

SEKITAR PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SPL SEM 1 2013/2014

Saturday, 28 December 2013
Posted by Mppums Spl
SEKITAR PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA SPL SEM 1 2013/2014

Pada 26/12/2013 yang lalu,3 badan kepimpinan mahasiswa SPL iaitu MPP,PMSPL&JAKMAS Lestari telah mengadakan solat hajat perdana serta bacaan yassin bersempena peperiksaan akhir sem 1 13/14.Program tersebut berlangsung di BT4,BT5 dari jam 6ptg hingga 7.30mlm.Solat hajat dan bacaan yassin diketuai oleh Ustaz Mahmud.Turut menghadiri program tersebut ialah Pengetua Kolej Kediaman Lestari,Dr Rahim.Selepas program,para hadirin di berikan makanan.Ucapan terima kasih daripada kami barisan kepimpinan mahasiswa SPL kepada rakan-rakan mahasiswa yang sudi hadir memeriahkan program tersebut.

                                             
                                           SEKITAR PROGRAM SOLAT PERDANA
                                                                         
                                                                                



Bacaan yassin di ketuai oleh Ustaz Mahmud.Turut hadir Dr Rahim,Pengetua Kolej Kediaman Lestari

Pelajar diberikan makanan selepas program


Sekitar program berlangsung



Persiapan tempat oleh MPP,PMSPL dan JAKMAS Sesi 2013/2014



Bincang apa tu???

YDP JAKMAS LESTARI 13/14,Saudara Muhammad Alif menunjukkan bakat dalam membersihkan lantai

"Test2''..kata Naib Presiden SPL MPP 2013/2014,saudara Anwar Tawe sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden 1 PMSPL sesi 2013/2014,saudara Tuan Mohd Shahrihan

PERSIDANGAN MAHASISWA SPL

Friday, 27 December 2013
Posted by SchaE
Satu mesyuarat telah diadakan pada (26/12/2013) yang melibatkan 3 badan kepimpinan mahasiswa SPL iaitu Persatuan Mahasiswa (PM) SPL, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) SPL dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SPL sendiri. Antara isu yang dibincangkan oleh 3 badan tersebut adalah;
i) Bidang tugas setiap organisasi
ii) Pelarasan aktiviti & program
iii) Penjenamaan semula exco
iv) Isu & permasalahan berbangkit

Mesyuarat 3 penjuru ini bakal dijadikan sebagai persidangan bulanan serta mempunyai fungsi yang sama seperti Dewan Mahasiswa dan Parlimen Mahasiswa yang diwujudkan di USM dan UMT. Selain daripada ahli jawatankuasa, mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh mantan MPP, PMSPL, dan JAKMAS.

spl, ums, jakmas, mpp
Suasana mesyuarat di BT 4

Turut bersama: Mantan PMSPL dan JAKMAS sesi 12/13
Barisan MPP SPL
YDP JAKMAS SPL 13/14
spl, ums, jakmas
Gambar 3 badan kepimpinan SPL


"Bersama mendukung kebajikan serta kegemilangan SPL''

Gemilang Mahasiswa!!!!

PENGUMUMAN: SOLAT HAJAT PERDANA

Wednesday, 25 December 2013
Posted by Mppums Spl

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Makluman kepada semua warga SPL..Barisan Kepimpinan Mahasiswa SPL (MPP,PMSPL & JAKMAS) akan mengadakan solat hajat perdana & bacaan yassin bersempena peperiksaan akhir sem 1 sesi 2013/2014 pada ketetapan berikut:
Tarikh:26 Desember 2013 (Khamis)
Masa:5.30ptg-7mlm
Tempat:BT1&BT2



Muslimin dan muslimat dijemput hadir

Barisan Kepimpinan SPL Sesi 2013/2014 (MPP,PMSPL&JAKMAS)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 UMS, Salam Eco Campus, Salam 1 Malaysia.

Kami dari Barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 ingin mengucapkan SELAMAT MENGULANG KAJI DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER SATU SESI 2013/2014. Perjuangan kita belum selesai buat yang terbaik untuk diri, keluarga, Universiti, dan Negara Malaysia tercinta. 

* You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result.

"Bersatu Padu Mencapai Matlamat Yang Satu"

IKHLAS DARIPADA KAMI,
BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2013/2014
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


FARM NITE 6 2013

Thursday, 19 December 2013
Posted by Mppums Spl
   Bertarikh 18 disember 2013, SPL-UMS telah mengadakan FARM NITE kali ke-6 iaitu majlis makan malam tahunan bagi semua mahasiswa/i di kampus SPL-UMS khususnya untuk meraikan senior-senior tahun 4 yang bakal bergraduat pada tahun hadapan. Majlis ini dianjurkan oleh pihak PMSPL (Persatuan Mahasiswa SPL) dan dirasmikan oleh Prof. Madya.Dr. Azwan bin Awang iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik SPL-UMS. Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai majlis;

FARM NITE 6
Tarikh: 18 Disember 2013
Tempat: Borneo Cove Hotel, Sandakan
Tema: Winter Wonderland
Dress code: Men in Tuxedo, Women in Dress


    Majlis telah bermula seawal jam 6:30 petang dan ballroom dipenuhi oleh pelajar dan tetamu jemputan yang sudah pun mengambil tempat. Perhiasan seperti snow flakes dan salji buatan daripada kapas memberikan suasana winter lebih-lebih lagi ia telah disesuaikan dengan suasana perayaan Krismas dengan hiasan gula-gula dan hadiah replika. Terima kasih kepada AJK yang bertanggungjawab untuk menghias ballroom tersebut.
    Untuk pengetahuan, pengacara majlis bagi FARM NITE 6 merupakan 4 orang pelajar dari tahun satu iaitu Sdri Nurhidayah, Sdri Dg. Nur Farhana, Sdri Siti Aisyah dan Sdra Amin Daud.
    Pada malam itu juga, mahasiswa/i yang berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) melebihi 3.50 dalam peperiksaan akhir Semester 1 dan Semester 2 tahun 2012/2013 telah menerima Anugerah Dekan. Selain itu, terdapat juga beberapa kategori lain yang mendapat anugerah, antaranya ialah;

ANUGERAH KUMPULAN AMALAN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK) TERBAIK:
Agroworld Management
ANUGERAH KUMPULAN AMALAN KEUSAHAWANAN TANI (AKT) TERBAIK:
Express Cash Harvest (ECH)
ANUGERAH SINAR LESTARI:
Sdri Lim Siew Lian
ANUGERAH DINAMIK LESTARI:
Sdra Mahazan bin Mansor
ANUGERAH PEMIMPIN LESTARI:
Sdra Anwar bin Tawe
ANUGERAH STAF PRIHATIN:
En. Frederick Florentius
ANUGERAH PENSYARAH PRIHATIN:
Dr. Mohamadu Boyie Jalloh
ANUGERAH FAVOURITE SENIOR:
 Sdra Jacob A/L Mathan
ANUGERAH SUMBANGSIH:
Prof. Madya Tuan Hj. Mohd Dandan bin Alidin
ANUGERAH KING OF THE NIGHT:
Sdra Emyrul Syafiq
ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT: 
Sdri Noor Fathin binti Azmi @ Rosli 




 
    Turut menyerikan majlis lagi ialah persembahan tarian Ngajat, tarian Bollywood, nyanyian daripada Kumpulan 6 Jahanam, nyanyian peserta SPL Got Talent iaitu Sdra Chua Tao Phiaw dan Sdri Ling Ee Chuwan dan karaoke.


    Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada jawatankuasa pelaksana Farm Nite 6 dan semoga berjaya kepada pelajar-pelajar tahun 4 SPL.



Pelaksanaan Program MYAGROSIS di SPL

Saturday, 14 December 2013
Posted by Mppums Spl
Pada 13/12/13 (Jumaat), pelaksanaan program MYAGROSIS diadakan di SPL bertujuan untuk memberi taklimat ringkas mengenai kelab MYAGROSIS kepada ahli-ahlinya dan seterusnya memperkenalkan barisan-barisan eksekutif di dalam kelab tersebut. Kelab MYAGROSIS disini juga dalam perancangan untuk melaksanakan Agro Niaga yang berbentuk K-Shoppe dan Agro Akuakultur. Semoga usaha murni sekolah ini tercapai.



MAJLIS EKSEKUTIF KELAB MYAGROSIS 
SPL-UMS

PENYELARAS:
DR. BONAVENTURE BONIFACE 
PENGERUSI:
MUHAMMAD ZAKI BIN ABDUL RAHMAN

TIMBALAN PENGERUSI:
LIEW KA YAN

SETIAUSAHA:
CHANG HUI MEI

NAIB SETIAUSAHA:
ASVERRANA ASIDI

BENDAHARI:
MATHIUS ANAK CHENDAN

NAIB BENDAHARI:
NURUL NAJWA BINTI ABDUL RAHIM

TAKWIM AKADEMIK SESI 2013/2014

Saturday, 7 December 2013
Posted by Mppums Spl


CARTA ORGANISASI

Posted by Mppums Spl



               CARTA ORGANISASI MPP DAN SEKRETARIAT              

Alamat Fakulti Pertanian Lestari UMS

Saturday, 30 November 2013
Posted by Mppums Spl
Alamat:

FAKULTI PERTANIAN LESTARI
UMS KAMPUS SANDAKAN
BEG BERKUNCI NO.3
90509,SANDAKAN
SABAH, MALAYSIA

Email: pejspl@ums.edu.my

Tel no: 089-248100
Fax no: 089-220703

Kampus Kami

Wednesday, 20 November 2013
Posted by Mppums Spl
    SEKOLAH PERTANIAN LESTARI (SCHOOL OF SUSTAINABLE AGRICULTURE) UMS telah ditubuhkan pada 4 Mei 2006 dengan tujuan untuk latihan tenaga kerja dalam bidang pengeluaran tanaman, pengeluaran ternakan dan hortikultur dan landskap yang akan membantu dalam meningkatkan sektor pertanian di negara ini berdasarkan tiga prinsip utama - Kelestarian, Kesedaran dan Teknologi Tinggi. Sekolah ini juga akan memainkan peranan dalam membangun dan menyediakan pengetahuan terkini mengenai pertanian melalui pengajaran dan penyelidikan. Melalui pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pengembangan pertanian lestari sekolah ini bercita-cita untuk menjadi pusat pembelajaran dalam bidang pertanian.

   Sekolah ini telah memulakan sesi 2011/2012 secara rasmi di kampus baru Sandakan pada 12 September 2011

Untuk maklumat lanjut layari http://www.ums.edu.my/sandakan/
Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

WAKTU

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -