Posted by : Unknown Thursday 19 December 2013

   Bertarikh 18 disember 2013, SPL-UMS telah mengadakan FARM NITE kali ke-6 iaitu majlis makan malam tahunan bagi semua mahasiswa/i di kampus SPL-UMS khususnya untuk meraikan senior-senior tahun 4 yang bakal bergraduat pada tahun hadapan. Majlis ini dianjurkan oleh pihak PMSPL (Persatuan Mahasiswa SPL) dan dirasmikan oleh Prof. Madya.Dr. Azwan bin Awang iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik SPL-UMS. Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai majlis;

FARM NITE 6
Tarikh: 18 Disember 2013
Tempat: Borneo Cove Hotel, Sandakan
Tema: Winter Wonderland
Dress code: Men in Tuxedo, Women in Dress


    Majlis telah bermula seawal jam 6:30 petang dan ballroom dipenuhi oleh pelajar dan tetamu jemputan yang sudah pun mengambil tempat. Perhiasan seperti snow flakes dan salji buatan daripada kapas memberikan suasana winter lebih-lebih lagi ia telah disesuaikan dengan suasana perayaan Krismas dengan hiasan gula-gula dan hadiah replika. Terima kasih kepada AJK yang bertanggungjawab untuk menghias ballroom tersebut.
    Untuk pengetahuan, pengacara majlis bagi FARM NITE 6 merupakan 4 orang pelajar dari tahun satu iaitu Sdri Nurhidayah, Sdri Dg. Nur Farhana, Sdri Siti Aisyah dan Sdra Amin Daud.
    Pada malam itu juga, mahasiswa/i yang berjaya memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) melebihi 3.50 dalam peperiksaan akhir Semester 1 dan Semester 2 tahun 2012/2013 telah menerima Anugerah Dekan. Selain itu, terdapat juga beberapa kategori lain yang mendapat anugerah, antaranya ialah;

ANUGERAH KUMPULAN AMALAN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK) TERBAIK:
Agroworld Management
ANUGERAH KUMPULAN AMALAN KEUSAHAWANAN TANI (AKT) TERBAIK:
Express Cash Harvest (ECH)
ANUGERAH SINAR LESTARI:
Sdri Lim Siew Lian
ANUGERAH DINAMIK LESTARI:
Sdra Mahazan bin Mansor
ANUGERAH PEMIMPIN LESTARI:
Sdra Anwar bin Tawe
ANUGERAH STAF PRIHATIN:
En. Frederick Florentius
ANUGERAH PENSYARAH PRIHATIN:
Dr. Mohamadu Boyie Jalloh
ANUGERAH FAVOURITE SENIOR:
 Sdra Jacob A/L Mathan
ANUGERAH SUMBANGSIH:
Prof. Madya Tuan Hj. Mohd Dandan bin Alidin
ANUGERAH KING OF THE NIGHT:
Sdra Emyrul Syafiq
ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT: 
Sdri Noor Fathin binti Azmi @ Rosli 




 
    Turut menyerikan majlis lagi ialah persembahan tarian Ngajat, tarian Bollywood, nyanyian daripada Kumpulan 6 Jahanam, nyanyian peserta SPL Got Talent iaitu Sdra Chua Tao Phiaw dan Sdri Ling Ee Chuwan dan karaoke.


    Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada jawatankuasa pelaksana Farm Nite 6 dan semoga berjaya kepada pelajar-pelajar tahun 4 SPL.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to Our Blog
Powered by Blogger.

Followers

Sembang Sini

- Copyright © MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMS KAMPUS SANDAKAN -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -